-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Assalam ustazah..
Nk tnya berkenaan dgn membaca quran dlm aplikasi telefon dgn quran sebenar..
:a:apakah sama fadilatnye?
Jawapan
:white_check_mark: Membaca Al Quran maksudnya kita menyebutnya dgn lidah dan mengeluarkan suara .
:arrow_right: Jadi, apabila kita membaca Al Quran , maka kita mendapat pahala..sama ada kita membaca Al Quran drpd mushaf , tafsir ataupun applikasi telefon.
:arrow_right: Mungkin pahalanya kurang sedikit drpd membaca drpd kitab Allah..tapi tetap ada pahalanya dan ia lebih baik drpd kita membaca perkara lain yg boleh melalaikan kita drpd mengingati Allah.
:arrow_right: Rasulullah saw bersabda ( Firman Allah swt) :
"Barangsiapa yang menyibukkan diri dengan Al Quran kerana mengingati Ku dan kerana meminta pada Ku, nescaya Aku akan berikan selebih lebih baik daripada semua orang yg meminta padaKu, Dan kelebihan kalam Allah itu ke atas semua kalam seperti kelebihan Allah ke atas makhlukNya"
(Hadith Qudsi, Riwayat Imam At Tirmidzi dari Abu Said Al Khudri)
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
:raising_hand:Soalan
maaf mggu...sye nk bertanye apa hukum pekerjaan nurse melihat aurat laki2 yg bukan halal baginya...adakah sah pekerjaannya?
walaupun sah pekerjaannya,adakah tetap dikira berdosa melihat aurat laki2 tersebut...terima kasih
:dart:Waalaikummussalam
Pekerjaan para doktor dan nurse adalah termasuk dlm fardhu kifayah kerana menyelamatkan nyawa jika betul niat dan perlaksanaan pekerjaan itu memberi pahala kpd pekerjanya.
Harus melihat aurat sekadar perlu semasa bekerja utk perlaksanaan tugas ttp jika bkn masa bekerja haram melihat aurat org lain spt mn org lain haram melihat aurat.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
:raising_hand:Soalan
Assalamualaikum ustaz. Saya ada kemusykilan. Selepas berjimak. Saya mandi wajib dan selesai mandi wajib saya lantas solat tanpa mengambil wudhu. Adakah solat yg saya dirikan itu sah? Terima kasih.
:dart:Waalaikummussalam
Mandi wajib ialah mengangkat hadas besar yang ada pada seorang, sedangkan mengambil wuduk itu ialah mengangkat hadas kecil.
Apabila berniat mengangkat hadas besar ketika mandi itu, hadas kecilnya juga terangkat sama. Orang yang melakukan mandi wajib, jika tidak berlaku perkara yang membatalkan wuduk ketika mandi wajib itu maka tdk perlu berwudhuk ttp jika mengambil wudhuk adalah sunat dan berpahala.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
:raising_hand:Soalan
salam ust. bolehkah kita sedekahkan istighfar utk ibu bapa kita yg masih hidup ? kwn sy kata boleh. mohon pencerahan.
:dart:Wassalam
Seorang anak menghadiahkan amal soleh samada doa atau bacaan dan seumpamanya kpd org tua yg meninggalkan insya allah sampai kpd org tuanya . Oleh itu berusahalah mendidik ank menjadi ank yg soleh.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda
Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.''
(HR Muslim).
dipetik dari group telegram, USRAH SOLAT DAN QA AGAMA