Suatu hari, seorang pelajar bertanya kepada gurunya…
masa_depan_by_zen_it-d6kz1o3 | DEVIAN ART |
Pelajar: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"
Guru : "Berjalanlah terus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan toleh kebelakang..!"
Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, pelajar itu kembali dengan tangan hampa..
Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak membawa pulang satu bunga pun..??"
Pelajar : "Sebenarnya tadi saya sudah menemukannya, tapi saya tidak memetiknya, kerana saya fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika itu saya sudah sampai di hujung taman, baru saya sedar bahawa yang dilihat tadi adalah yang TERINDAH, dan saya pun tak boleh kembali kebelakang lagi..!"
Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tidak pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita untuk
menerima kekurangan.."
menerima kekurangan.."
• Bila tak mampu memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit, jangan membenci.
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan mengeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.

JANGAN TERLALU MENGEJAR KESEMPURNAAN,
tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita…
tapi sempurnakanlah apa yang telah ada pada kita…
-Datuk Dr. Maznah Hamid via Mohd Hasra Ibrahim on Facebook