Internet merupakan satu sistem komunikasi yang menyampaikan maklumat di seluruh dunia. Sistem ini boleh diperolehi melalui komputer yang disambungkan melalui talian telefon, sistem wifi dan juga melalui modem. Dalam dunia yang serba moden kala ini, seluruh masyarakat dunia berluma-lumba untuk belajar dan memiliki talian internet sendiri di rumah.
Sebagai pelajar yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan akan menduduki peperiksaan SPM, Internet sememangnya satu kemudahan pembelajaran yang tidak dapat disangkal lagi keberkesanannya. Dengan adanya kemudahan internet sendiri di rumah, para pelajar dapat mengakses apa-apa sahaja maklumat yang mereka perlukan dengan cepat dan jelas tanpa perlu bersusah payah untuk menyelak helaian buku rujukan yang tebal dan memeningkan kepala. Secara tidak langsung, suasana pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan.
Selain mengakses maklumat melalui enjin carian, terdapat banyak lagi perkara yang boleh dilakukan dengan internet. Antara kegunaan internet yang lain adalah mencari dan memainkan muzik pilihan kita sendiri, menonton siaran televisyen melalui internet, menyertai laman sosial untuk menambahkan kenalan dan banyak lagi.
Selain membawa kebaikan, internet juga membawa keburukan terhadap penggunanya. Keseronokan melayari internet akan membuatkan kita lupa untuk memperhatikan masa. Apatah lagi sekiranya kemudahan internet ini disalahgunakan untuk kepentingan sendiri seperti menaik dan memuatturunkan gambar-gambar lucah, mencari dan mendengar lagu-lagu berbentuk rock dan blackmetal. Selain itu, kelekaan para pelajar dalam melayari laman sosia ljuga bakal memberi kesan buruk terhadap mereka sendiri. Keseronokan mendapat rakan baru di alam maya dan keseronokan ber’chatting’ bisa membuatkan mereka lupa untuk mengulangkaji pelajaran dan membuat kerja-kerja sekolah yang diberikan oleh guru.
Sebagai kesimpulannya, penggunaan perkhidmatan internet membawa kebaikan dan keburukan terhadap para penggunanya. Oleh itu, sebagai manusia yang dikurniakan akal dan fikiran, kita sendiri harus bijak menilai baik dan buruk sesuatu perkara.
Filem "KL Gangster 2" Terbocor Keluar!
Banyaknya benda yang kita tak tahu tentang Proton!
Bakat apa yang boleh anda serlahkan dalam 20 SAAT? Boleh menang RM50K beb!
Before you decide to buy a Japanese car, take a look at this first
Eerm, excuse me sir or ma'am, about the pronography part, you were right. But I think your perspective about black metal and rock is incorrect. Black metal and rock are awesome genre. It is a type of music that allows the listener to relax or release stress. Metal and rock are my favorite genres and as a kid I used to listen to it a whole lot. Also, there are a few metal bands from Malaysia that are really awesome such as Cromok and Butterfingers... and if its not us,fellow Malaysians who support them, who would ? Jika bukan kita, orang Malaysia yang menyokong mereka, siapa lagi ? Janganlah kita tumpukan sahaja pada keburukan, kita juga kenalah fikir dan jika disingkap dari perspektif lain, jawapan atau pandangan yang lain juga akan jadi lebih ketara.
ReplyDeletePada komen saya tadi saya tidak dapat menyuarkan rasa syukur saya kerana komen tadi sudah cukup patah perkataannya. Sebenarnya saya tengah mencari isi dan idea tentang keburukan dan kebaikan internet untuk pertandingan perbahasan saya di sekolah. Walau apa pun, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberikan saya sedikit sebanyak tentang apa yang saya perlu bahaskan. Terima kasih.
ReplyDeleteYa, Mr, Siddhattha Chong, saya pun peminat muzik rock, sprti SEARCH, LOUDNESS, dan Def Leppard
Deletebkenaan komen anda, bila saya tengok bhgian mendengar lagu rock dan blackmetal, mmg sepatutnya ada sedikit penelitian kpada pmbaca, trutamanya golongan bukan dewasa.. Sebabnya, ia akan mempengaruhi jiwa dan minda anak-anak muda sekarang.
Jadi adalah lebih baik, jika kita cukup matang menilainya benda yang positif dan NEGATIF kat internet
terima kasih sudi beri pandangan, nice comment bro !
:) :) :)