Bawang putih adalah sejenis herba
Sebenarnya dari segi ilmu botani, bawang putih dikategorikan sebagai herba; bukan sayur-sayuran atau buah- buahan. Nama latin atau saintifik bagi bawang putih ialahAllium sativum. Bahan aktif dalam bawang putih dipanggil Allicin - sejenis bahan kimia yang dihasilkan apabila bawang putih dihancurkan samada dipotong, ditumbuk atau dikunyah.
Manfaat dan khasiat bawang putih untuk kesihatan
- Kaya dengan vitamin C, B dan A serta mengandungi selenium, potassium, kalsium, zink dan banyak lagi.
- Antibiotik semulajadi yang membantu sistem tubuh membantutkan pertumbuhan dan pembiakan bakteria dan virus dalam badan
- Menipiskan darah - sesuai untuk masalah jantung, kolesterol tinggi dan mencegah serangan jantung dan strok
- Mengandungi germanium yang merupakan agen anti kanser dan anti tumor
- Membantu menstabilkan tekanan darah samada tinggi atau rendah
- Membantu menstabilkan paras gula dalam darah
- Meningkatkan ketahanan badan terhadap masalah alergi, demam dan selsema
- Membantu peningkatan cecair hempedu bagi mengurangkan lemak pada hati
- Membantu mengelakkan kenaikan berat badan berlebihan
- Membantu menurunkan paras gula dalam darah
- Membantu masalah jangkitan fungus pada kulit seperti panau, yeast dan sebagainya
Petua tradisional menggunakan bawang putih
- PANAU : belah dua seulas bawang putih, sapukan pada bahagian yang kena panau semasa mandi. Amalkan setiap hari
- BATUK : bakar seulas bawang putih dgn kulitnya sekali. Lenyekkan bawang yang telah dibakar didalam beberapa titis minyak urut/ minyak zaitun/ minyak kelapa. Sapukan pada dada, belakang badan, sekitar leher dan tengkuk. Amalkan sehingga batuk reda
- DEMAM/ SELSEMA : Kunyah 2 ulas bawang putih mentah. Minum banyak air masak. Amalkan setiap hari sehingga demam/ selsema reda
- KEMBUNG PERUT : Bakar dua biji bawang putih. Makan begitu sahaja
- MEMEKATKAN AIR MANI : Makan seulas bawang putih bakar setiap pagi semasa perut kosong. Amalkan selama 40 hari berturut-turut tanpa putus
- SAKIT KEPALA : Hiris bawang putih nipis2. Tampal di dahi dan pelipis kiri kanan kepala. Ulang sehingga reda.
sumber daripada http://www.bigsmilezone.net/2013/07/khasiat-bawang-putih-bukan-sekadar.html