Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah teladan terbaik sepanjang zaman. Baginda bukan hanya mengajarkan bagaimana tata cara beribadah, tetapi juga memberi contoh bagaimana mengatur keluarga hingga negara. Termasuk, cara mendidik anak. Bagaimana cara Nabi mendidik anak?
Berikut ini tahapan-tahapannya secara umum, khususnya tahap I (sebelum anak lahir hingga usia 3 tahun) dan tahap II (usia 4 - 10 tahun).
Berikut ini tahapan-tahapannya secara umum, khususnya tahap I (sebelum anak lahir hingga usia 3 tahun) dan tahap II (usia 4 - 10 tahun).
Tahap I: Sebelum anak lahir hingga umur 3 tahun
- Mendoakan calon bayi
- Mendoakan dan memberikan perhatian saat anak dalam kandungan
- Mendoakan saat bayi hendak lahir
- Menyambut bayi dengan azan
- Men-Tahniq bayi
- Mengajar atau memperdengarkan zikir dan doa kepada bayi
- Mengeluarkan zakat (fitrah) sejak ia lahir
- Menyayanginya
- Memberinya nama yang baik pada usia 7 hari
- Melaksanakan aqiqah pada usia 7 hari
- Mencukur rambutnya dan bersedekah setara dengan berat rambut pada usia 7 hari
- Bergurau dengan bayi
- Mengkhitan
- Menggendong bayi
- Menanamkan tauhid sejak awal
- Memperhatikan penampilan dan gaya rambutnya
- Mengajarkan cara berpakaian
- Selalu menghadirkan wajah ceria kepadanya
- Menciumnya dengan penuh kasih sayang
- Bergurau dan bermain dengan anak-anak
- Memberi hadiah
- Mengusap kepalanya sebagai bentuk kasih sayang
- Mengajarkan dan meneladankan kejujuran pada anak
Tahap II: Anak Usia 4 - 10 Tahun
- Membiasakan panggilan kasih sayang dengan nada lembut
- Menemaninya bermain dan belajar
- Mengajaknya berjalan sambil belajar
- Memberikan kesempatan yang cukup untuk bermain
- Menghargai permainannya
- Menanamkan akhlak mulia
- Mendoakannya
- Mengajaknya berkomunikasi secara intensif dan minta pendapatnya
- Mengajarkan amanah dan menjaga rahsia
- Membiasakan makan bersama
- Mengajarkan adab makan
- Mengajarkan persaudaraan dan kerja sama
- Melerai ketika anak-anak bertengkar
- Melatih kecerdasannya dengan lumba dan cara lain
- Memberikan hadiah kepada anak yang berjaya melakukan sesuatu atau berprestasi
- Menjaga anak dengan zikir dan mengajarnya berzikir
- Mengajarkan azan dan solat
- Mengajarkannya berani kerana benar
- Jika anak mampu, boleh dilantik sebagai imam
- (Diadaptasi dari buku Athfalul Muslimin Kaifa Rabbahum Nabi al Amin karya Jamal Abdurrahman)
Alhamdulilah tiada berita yang menggembirakan bagi sebuah institusi pendidikan melainkan mendapat makluman kecemerlangan anak-anak didik. Ahli Research Team, Pintas Center Of Excellence (PCE) yang baru ditubuhkan tahun ini dapat bersama dalam majlis ihtifal Sekolah rendah Islam Al-hidayah Seri Iskandar cukup teruja dengan pencapaian alumni rangkaian tadika Pintas. Tahniah diucapkan kepada adik Aisyah Sumayyah (nombor 1 kelas & keseluruhan), Iffah (nombor 1 & 2 keseluruhan) dan Ain Tasneem (nombor 2) serta yang lain-lain di persekolahan baru mereka. Kami doakan juga kejayaan alumni di sekolah-sekolah lain agar sentiasa bersemangat untuk mencapai kejayaan. Ikhlaskan niat anak-anak belajar dan mencari ilmu adalah ibadah serta Allah SWT mengangkat darjat orang-orang yang berilmu.
“Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.”(QS Al Mujadilah : 11)
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:Siapa merintis jalan mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.(Hadis riwayat Muslim)
Apapun pesanan kami untuk yang berjaya adalah bersyukur kepadaNya, berterima kasih kepada ibubapa serta guru dan jangan alpa dengan kejayaan ini kerana perjalanan masih jauh.
Buat yang masih belum berjaya pun tiada perlu merasa gagal jika kita telah berusaha. Ibubapa perlu tahu setiap anak adalah berbeza dan mempunyai keistimewaan masing-masing. Jika ada yang cepat perkembangan alhamdulilah tetapi jika anak itu agak lambat maka berikan motivasi bukannya tekanan. Walaupun kami tidak menafikan memiliki kepandaian itu penting tetapi mendidik bukanlah itu semata-mata tetapi merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan sosial. Mungkin anak itu agak lambat dari aspek tersebut tetapi rupanya kelebihannya adalah dari aspek yang lain.
Cuba lihat contoh salah seorang Muslim yang berada dalam list 10 individu terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary. Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak boleh berjaya. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.
Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi mengatakan bahawa Nabi Muhammad SAW merupakan orang yang buta huruf sejak dilahirkan sehinggalah pada akhir peringkat di Mekah.
Allah berkata: “Dia lah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyyin, seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata”. (Surah Al-Jumuah: ayat 2)
Perkataan ummi dari ayat-ayat di atas memberi salah satu makna iaitu orang yang tidak tahu membaca dan menulis. Walaupun Rasulullah SAW adalah seorang yang tidak tahu membaca dan menulis tetapi itu tidaklah menghalang Baginda untuk menjadi seorang yang hebat dan menjadi contoh(qudwah) bukan kepada kepada umat Islam bahkan kepada bukan Islam. Sila baca buku oleh Michael H. Hart, The 100: A Ranking of the Most Influential Persons in History yang menyatakan “My choice of Muhammad to lead the world's most influential persons may surprise some readers and may be questioned by others, but he was the only man in history who was supremely successful on both the religious and secular levels……. it may initially seem strange that Muhammad has been ranked higher than Jesus”.
Ibu bapa mungkin lebih mengenali dan tahu potensi diri anak. Dengan itu merekalah yang seharusnya membimbing dan mencorakkan masa depan mengikut kebolehan dan bakat dimiliki. Jangan terlalu mengongkong dan mendesak mengikut kehendak ibu bapa. Ini kerana anak boleh memberontak dan terjebak dengan perkara yang tidak diingini kerana tertekan dengan sikap ibu bapa yang memaksa melakukan sesuatu di luar kemampuan mereka. Selain memperkembangkan bakat dan kebolehan, ibu bapa harus membekalkan anak dengan ilmu kerohanian iaitu akhlak dan pegangan agama yang kukuh agar dapat membesar sebagai insan berilmu, berakhlak dan berperibadi mulia.
Kesimpulannya, pendidikan dan pembelajaran mempunyai makna luas. Jangan sempitkan pemikiran dengan merujuk kejayaan anak hanya melalui pencapaian akademik cemerlang sahaja. Raikan kemampuan dan kebolehan mereka mampu berjaya jika tidak sekarang mungkin dimasa hadapan insyaAllah. Kecemerlangan bukan hanya terletak kepada akademik(intelek) semata-mata tetapi juga kepada rohani, jasmani dan emosi. - Research Team, Pintas Center Of Excellence (PCE)
Sumber : Tadika Pintar ANAK Soleh @ https://goo.gl/6BWdJn
via Sukan Star TV | Facebook