TIDAK pernah terlintas walaupun dalam mimpi rakyat Malaysia akan dikejutkan dengan kejadian pesawat MAS MH17 terhempas hanya empat bulan selepas kehilangan mistri MH370.
Kedua-kedua malapetaka itu meragut 537 nyawa. Ramai hilang orang tersayang; anak menjadi yatim, isteri hilang suami, keluarga hilang tempat bergantung, malah ada keluarga pupus sama sekali.
Sesungguhnya, kes kehilangan pesawat MH370 pada Mei 8 lalu dan MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai lalu adalah tragedi sangat memilukan yang tidak akan dapat dilupakan oleh seluruh rakyat Malaysia dan negara-negara terlibat.
Kumpulan pemberontak pro-Rusia yang menembak jatuh MH17 hingga mengakibatkan 283 penumpang dan 15 KRU terbunuh mendakwa tembakan ke atas pesawat berkenaan satu kesilapan.
Apakah mesej yang ALLAH hantar kepada hamba-hambaNya, khususnya di Malaysia, melalui tragedi berganda ini?
Adakah sebab penjualan arak di atas pesawat-pesawat masih diteruskan dan pramugari-pramugari masih tidak menutup aurat, walaupun sudah banyak teguran dibuat melalui penulisan dan sebagainya?
Malah ada pihak yang mahu melihat kepada alasan lebih jauh; umpamanya tindakan-tindakan orang politik, orang agama dan awam; kes-kes penderaan, penyalahgunaan dadah, isu halal haram, derhaka kepada ibu bapa, ketirisan, penyelewengan, salah
guna dan rasuah, yang semuanya boleh menimbulkan kemurkaan ALLAH.
Bagaimana dengan tindakan tidak sensitif, sombong, angkuh, kerja sambil lewa, curi tulang, sakitkan hati orang dan apati?
Apakah kita sudah terlalu banyak melakukan sesuatu yang mengaibkan orang, maki-hamun, guna kata-kata kesat, mendabik dada dan banyak sangat ketawa.
Kita asyik meminta daripada majikan, ibu bapa dan kerajaan dan kita sendiri tidak mahu menyumbang apa-apa?
Atau bagi kita, orang lain semua salah, kita sahaja yang betul?
Barangkali sudah sampai masanya kita renungkan semua perbuatan kita, insaf, taubat, minta maaf daripada manusia dan mohon ampun daripada ALLAH?
Mungkin kita perlu lebih bersedia bertolak-ansur sesama kita dan bersatu untuk kukuhkan benteng dalam menghadapi musuh?
Apa salahnya kita sangka baik dan tidak sangka buruk dalam setiap perkara, tidak lepas cakap, mengumpat dan memfitnah, tidak kira di bulan Ramadan atau tidak?
Barangkali terlalu banyak tindakan kurang bijak yang jadikan kita bahan ketawa atau kita suka buat komen sensitif menghentam peribadi, apatah lagi yang menghina dan menyakitkan hati.
Tidakkah patut kita bersyukur berada di negara yang aman, walaupun berbagai bangsa, agama dan perbezaan ada di dalamnya berbanding dengan nasib rakyat di negara yang hidup terancam akibat pergolakan berlanjutan?
Kita perlu buang semua yang tidak baik - cari publisiti murah, maki-hamun, kutuk orang, ungkit dan ampu - dan berusaha jadikan Malaysia maju dan makmur, dengan rakyatnya sentiasa hidup harmoni dan bersatu-padu.
Tidakkah mahu kita hidup tanpa dibayangi ketakutan, boleh solat tanpa guna dua imam walaupun berbeza pendapat?
Tragedi MH17 dan kehilangan mistri MH370 patut jadikan kita lebih insaf dan bersedia membuang terus sikap suka tuding jari dan tidak menghargai nikmat yang dikurniakan ALLAH kepada kita selama ini.
Barangkali ALLAH mahu uji kita. Marilah kita doakan mereka yang telah terkorban dalam tragedi itu dan berusaha agar beban keluarga mereka yg kehilangan orang tersayang menjadi ringan Sebenarnya, kita tidak tahu, apakah mesej yang mahu ALLAH
sampaikan kepada kita.
Besar kemungkinan berkaitan dengan apa yang sudah diperkatakan di atas tadi. Di masa lampau, ALLAH menzahirkan mesejNya dengan jelas melalui rasul-rasulnya.
ALLAH menceritakan sebab-sebab Dia membinasakan kaum Tsamud (Dan sesungguhnya penduduk-penduduk kota Al-Hijr (Tsamud) telah mendustakan rasul-rasul - Surah al-Hijr ayat 81); kaum Nabi Luth AS yang dibinasakan dengan hujan batu kerana penyakit akhlak yang parah; kaum Nabi Noah AS; kaum Nabi Yunus AS dan banyak lagi. Hari ini ALLAH tetap ujud, tetapi mesejNya bukan melalui rasul-rasul, tetapi melalui mukjizat terbesar, iaitu al-Quran.
Yang pasti, setiap kita akan ditanya oleh ALLAH tentang apa yang kita lakukan. Tidak ada satu pun perbuatan kita yang akan dilepaskan begitu sahaja.
sumber, Sinar Harian